Ramai rakyat Malaysia kini mencari cara buat duit dari rumah tanpa modal. Salah satu peluang yang makin popular ialah melalui Shopee Affiliate Program. Artikel ini akan tunjukkan cara buat affiliate Shopee, dari mula daftar hingga jana pendapatan pasif dengan hanya berkongsi link.
Apa itu Affiliate Shopee?
Shopee Affiliate ialah program yang membolehkan anda promosikan produk Shopee melalui link khas (affiliate link). Setiap kali seseorang membeli melalui link anda, anda akan terima komisen tunai terus ke akaun bank.
✅ Tanpa modal
✅ Tak perlu simpan stok
✅ Tak perlu hantar barang
✅ Komisen sehingga 14%
Siapa Boleh Sertai Affiliate?
✔️ Sesiapa yang ada akaun Shopee
✔️ Content creator di TikTok, Facebook, Instagram, YouTube atau blog
✔️ Tiada follower pun masih boleh cuba
✔️ Suri rumah, pelajar, pekerja — semua boleh sertai
Cara Daftar Shopee Affiliate Malaysia (2025)
Daftar Disini (paling popular)
- klik link disini untuk pendaftaran
- tunggu approval (1-2 hari kerja)
Cara Promosikan
a. Shoppe Video
- Buat video review produk
- Klik pada add product, dan masukkan produck yang ada nak promote.
- Gunakan gaya “sharing pengalaman sendiri”
Contoh: “Aku beli barang RM5 kat Shopee ni… memang berbaloi! Link kat bio ya!”
b. Facebook & Instagram
- Kongsi gambar atau reel ringkas
- Masukkan caption yang meyakinkan
- Letak link di ruangan komen pertama atau bio
c. Blog & Telegram
- Tulis ulasan produk
- Senaraikan produk top 10 (contoh: “10 Barang Dapur Murah di Shopee 2025”)
- Guna gaya penulisan yang membantu
Berapa Komisen ?
Komisen berbeza mengikut jenis produk dan kategori(bergantung update semasa seller):
Kategori Produk | Kadar Komisen (%) |
---|---|
Elektronik | 1%–3% |
Kecantikan/Fesyen | 7%–10% |
Peralatan rumah | 10%–14% |
Barang promosi khas | Hingga 15% |
Komisen akan dikira selepas pembeli berjaya buat bayaran penuh.

Boleh klik link disini untuk panduan lengkap
Tips Tambahan Untuk Jana Lebih Komisen
✅ Fokus pada niche — contoh: produk kecantikan, dapur, ibu & anak
✅ Buat review jujur & asli
✅ Guna ayat CTA (Call to Action) seperti “Klik link ni sebelum habis promo”
✅ Konsisten — hasil mungkin ambil masa, tapi ia berkembang secara pasif
Soalan Lazim (FAQ)
1. Perlu ada followers ramai untuk mula?
Tidak perlu. Ramai yang berjaya dapat komisen hanya dengan 100–200 followers yang aktif.
2. Komisen dibayar ke mana?
Involve Asia akan bayar terus ke akaun bank anda setiap bulan (minimum threshold biasanya RM80).
3. Boleh promote produk Shopee dari akaun peribadi?
Ya, selagi anda guna link affiliate, anda boleh promote di mana-mana platform yang dibenarkan.
Boleh klik link disini untuk panduan lengkap
Penutup: Mulakan Hari Ini
Shopee Affiliate adalah salah satu cara terbaik untuk buat duit tanpa modal di Malaysia, terutama bagi yang aktif di media sosial. Anda hanya perlu kongsi produk yang orang cari, dan biarkan sistem buat kerja selebihnya.
Mula hari ini — daftar akaun affiliate dan buat RM pertama anda secara pasif!
bloh klik link disini untuk artikel lain